Video

"Tunggu tindakan saya" - Aliff Syukri berang dengan Ali Puteh

Jutawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa dia kebiasaannya akan menjaga sensitiviti seseorang yang bakal diwawancara dengan memaklumkan mereka mengenai soalan bakal diajukan terlebih dahulu.Justeru, katanya, dia bingung mengapa Ali Puteh tiba-tiba melenting dengan tindakannya menembual kakak ipar pelawak berkenaan, Norhidayah Mohd Ali.Jelasnya lagi, dia hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah kepada balu arwah abam itu dan soalan-soalan yang diajukan sudah dipersetujui oleh mereka.Terdahulu, Ali menghamburkan kata-kata hinaan kepada balu arwah abangnya, di media sosial, susulan menonton rakaman klip video dihasilkan Aliff sewaktu berkunjung ke rumah keluarga Norhidayah.Bagaimanapun, kenyataan itu sudah dipadamkan.Difahamkan soalan yang diajukan Alif Syukri itu berkenaan pembahagian harta kepada balu Abam. Ali kemudian memuat naik kenyataan mencabar Aliff untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu terbabit selain mendakwa usahawan itu orang kaya yang gemar mengambil kesempatan. Aliff, 32, pada masa sama menggesa sebelum melontarkan sebarang kecaman, seseorang individu itu perlu menyiasat kebenaran terlebih dahulu